Saturday, 8 February 2014

Mari Jahit Pad Kain Sangat Menjimatkan

Assalamualaikumwarahmatullahi bawarakatuh.

Saya kongsikan bagaimana hendak membuat pad kain dijahit sendiri. Tidak ada mesin jahit bukanlah alasan sebab menjahit guna tangan pun boleh. Pakai di dalam bukan ada orang nampak .Yang paling penting pad kain adalah bebas kimia. Zaman mak kita dulu pakai kain batik saja kan. Saya pun sempat pakai kain batik masa tu. 

Di sini adalah langkah-langkah untuk membuat pad kain. Ini adalah cara paling mudah senang nak diikut.

Bahan yang perlu ada . Boleh buat pilihan . Tak perlu risau nak membeli yang mahal-mahal. Pilih lah yang ekonomi untuk penjimatan yang lebih lagi. 

1. Kain Flannel - Kain buat barut baby ada di kamdar, nagoya, jakel  dan banyak kedai-kedai kain biasa pun ada jual. Sebagai lapisan yang akan bersentuhan dengan kulit . Pilihan saja ni. Kalau nak guna kain batik pun boleh. Saya tengok di blog2 oversea ada yang guna kain t shirt yang tak dah nak guna lagi. Memang jimat sungguh. Saya nak cuba buat nanti.

Kain flannel Harga biasanya semeter RM 5.50 , ada yang plain ada yang printed.

Jika mahukan fabrik seperti minky, boleh dapatkan dengan supplier dengan harga rm34 se ela. Mahal kan. Itu sebabnya pad kain di pasaran harganya agak tinggi. Saya beli secara 'group buy' dengan Snowdrop Resources . Sekarang ada jual online saya tengok di Kraf Ezee kedainya di Bangi harganya RM30 per yard. Rasanya banyak dah online boleh Google ok.

2. Plastik alas lampin baby ( sebagai lapisan kalis air) - Boleh dapat di pasaraya di bahagian barangan bab atau Kain velvet (sebagai lapisan kalis air)- Boleh dapat di kedai-kedai kain atau PUL ( sebagai lapisan kalis air) imported semeter rm 34. Boleh dapat dari supplier. Saya beli secara 'group buy' dengan Snowdrop Resources juga. Boleh tengok di Ezee Craft ok.

4. Tuala mandi- Sebagai lapisan penyerap. Bagus guna microfiber towel yang antibacterial boleh dapat dari supplier dengan harga rm28 semeter boleh dapat dari supplier. Saya beli secara 'group buy' dengan Snowdrop Resources juga . Kalau beli sikit-sikit rasanya RM 34 semeter. Towel ini tidak boleh direct ke skin ye. Boleh melecet/rashes okay . Kalau nak jual pad memang kenalah pakai tuala antibakteria ni. Kalau nak pakai sendiri, gunalah ape pun janji selesa. Boleh tengok lapisan pad kain mengikut aturannya.

5. Kain cotton (Pilihan) . Nak pakai kain batik pun boleh. Pakai kat dalam. Takde yang nampak yang penting selesa. Kata nak jimat-jimat kan .

6. Butang- Tak kisah butang ketap, butang ketip, velcro pun boleh Velcro macam jenis kasut sekolah anak tu. Nak pakai snap button tu ada jual snap plier rm 39.90 . Boleh tengok di FB Group Geng Jahit  rasanya ramai yang menjualnya. Guna saiz 20 lagi bagus macam CD ketat nak buka kalau guna saiz 14 or 16 risau tanggal masa pi toilet..hahaa



LANGKAH 1


Mula-mula, sediakan bentuk pattern yang hendak dibuat. Boleh design macam-macam bentuk ikut kehendak masing-masing. Boleh juga ikut saiz pad pakai buang . Ada saiz 24inci, 28 inci, 32 inci dan 35 inci.  Kalau tak buat bahagian 'wing' takut-takut nanti bila pakai beralih-alih tak selesa pula. Jadi, dicadangkan buatlah wing juga ya. Bagus untuk elak darah terkena seluar dalam.

Boleh guna manila kad. Kalau taknak beli, boleh lakar atas surat khabar lama kemudian lakar atas kertas kotak lagi tebal lagi bagus sebab senang nak lakar atas kain nanti.


LANGKAH 2


Pola yang telah dibuat tadi, tekapkan di atas kain dan lakarkan. Pastikan ada basi jahitan dalam 1cm ye. Maknanya kalau nak buat saiz 30cm panjang dan 10cm lebar, perlu lebihkan kepada 32cm panjang dan 12cm lebar.



Walaubagaimana pun, terpulang pada kita berapa panjang dan lebar yang kita perlukan. Nak ikut saiz pad pakai buang pun tak mengapa. Yang penting kita pakai selesa. Bagus kalau dipanjangkan sedikit dibahagian belakang sebab kita ni banyak duduk, mungkin itu lebih sesuai dan selesa.


LANGKAH 3





Setelah kain-kain tadi dipotong mengikut pola, susunkan ikut aturan. Ikutlah berapa tebal yang hendak dibuat. Sebenarnya walaupun nampak tebal tetapi apabila dipakai, kita tidak terasa sebab kita hanya memakai kain. Terasa sejuk saja :))

Berbanding dengan pad pakai buang, kita rasa kurang selesa dan macam berpeluh gitu ...panas pun ada. Bagi yang sensitif tu boleh jadi ruam dan gatal-gatal. Pakai kain memang best.

Kalau taknak letak flannel, pakai kain cotton pun tak mengapa. Sebenarnya cuma nak pastikan microfiber terletak molek di dalam pad ini. 


LANGKAH 4




Kemudian, cantumkan semua lapisan. Pastikan lapisan yang disusun mengikut aturan yang sepatutnya. Selepas membuat cantuman, tebukkan sedikit dibahagian tengah dan terbalikkan. Hasilnya akan dapat seperti gambar di bawah.


Mudah kan.....
seterusnya .....

LANGKAH 5




Kemudian, cantumkan bahagian cotton pula. Kalau taknak guna cotton pun tak mengapa. Guna kain flannel yang sama pun bagus juga. Jimat . Kalau rasa-rasa nak feel pakai ala-ala kain batik, bolehlah guna lain batik :))

Biasanya saya letak lapisan kalis air di bahagian ini juga. Sebab nak elak bocor . Jadi, ada 2 lapisan kalis air yang saya letak pada pad ini. Velvet di bahagian yang bersentuh dengan kulit dan PUL di bahagian wing ini.

Tak tebal pun : ))







Dah siap... bolehlah dicantumkan pad kain kita ni ...


LANGKAH 6



Akhirnya, cantumkan antara bahagian yang bersentuh dengan kulit dengan lapisan wing.
Dah siap . Senang saja kan.


Kain flannel adalah kain kapas.  Menjaga pad kain sangat mudah  . Paling penting cuci serta merta selepas digunakan. Jika ada kekangan masa, darah akan kering dan kemungkinan meninggalkan kesan . Caranya , guna sabun mandi digosok lembut pada kotoran tersebut dan bilas berulang kali. Bagus juga guna sabun cap kapak .  Payah juga nak cari sabun cap kapak sekarang kan. Sabun Ecomax cosway pun bagus. 


Untuk butang, snap button ni kalau nak beli rm39.90 dengan set butang dalam rm50. Jadi, untuk memudahkan, boleh guna butang apa saja sebenarnya. Kalau nak guna velcro macam kasut sekolah anak pun tak ada masalah. Nak pakai butang ketip pun takpe . Cari yang tak karat.





kenapa perlu tukar ???


Sekarang ini macam-macam penyakit berkaitan wanita. Bermula dengan keputihan sehinggalah kepada pelbagai jenis kanser semakin bertambah statistiknya setiap tahun.



Walaupun dinafikan oleh KKM tetapi saya sangat-sangat meragui cara pembikinan pad biasa.



Lagi ...




Memang sangat pasti pad biasa ada agen peluntur. Agen peluntur atau bleach antara penyumbang kanser

Ramai yang kurang yakin, takut tembus takut lantas. Pad kain ini bebas kimia tapi bukan bermakna kita boleh pakai 7-8 jam. Menukar dengan kerap akan mengurangkan risiko tembus . Sebaiknya tukar setiap 3jam tapi ikut aliran haid masing dan mengikut saiz pad yang digunakan.





Semoga bermanfaat untuk semua ....

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Boleh tinggalkan pertanyaan di sini atau cadangan yang boleh dibincangkan bersama.

♡Terima Kasih♡

Hubungi :

WA : 011-1116 4846
zamziela.design@gmail.com

★★★★★★★★★★★★★

Saya seronok memakai pad kain sudah hampir 5 tahun  meninggalkan pad biasa. Rasa sangat selesa .

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Kalau rasa nak beli saja...




Boleh tempah di sini ..



Kalau nak cuba dari Zamziela Design WhatsApp No. 011-1116 4846 Pre Order tau
(TEMPAHAN DI TUTUP SEHINGGA MAC 2017)



ada banyak lagi di sini ready stock:




http://www.snowdrop.com.my/

http://lynnhomemades.blogspot.com/

http://redmoon/facebook.com

http://HiJo.com/



Silalah kongsikan dengan sahabat kalian. Semoga dapat membantu dan bermanfaat .





10 comments:

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat...terima kasih sudi share tutorial yg bagus ni...in sha Allah akan cuba buat untuk kegunaan sendiri..

    ReplyDelete
  2. sangat best saya dpt belajar... saya baru tahun ni x pakai pad biasa tu,, setelah dgr banyak perkara menakutkan,, saya pakai kain batik biasa je.. kini dengan perkongsian ini saya akan belajar buat ..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Harapnya semakin ramai yang sedar tentang kesan pad pakai buang.

    Jahitlah perlahan-lahan. Guna tangan pun boleh untuk permulaan kalau takde mesin jahit.

    ReplyDelete
  4. Tq sebab perkongsian yg sanagt berguna ni klu alas yang kalis air tu boleh guna seluar getah bayi yg pakai ikat yang jual sekotak sekotak tu

    ReplyDelete
  5. Tq...best sharing nih...boleh Cuba buat...

    Jom lawat blog saya..

    www.sihat natural.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Tq...best sharing nih...boleh Cuba buat...

    Jom lawat blog saya..

    www.sihat natural.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Terima kasih puan. Saya baru mula buat pad sendiri & pakai mulai bulan ni. Memang sangat selesa.

    ReplyDelete
  8. I post a FREE cloth menstrual pad pattern every Sunday in my group The Eco Friendly Option on Facebook: https://www.facebook.com/groups/1240752822610128/

    ReplyDelete